Laman Tarbiyah

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk mengecapi dan menikmati 'Karnival Pahala' berganda di bulan Ramadhan tahun ini. Masih belum terlewat untuk dinukilkan satu 'perutusan' Ramadhan kerana kita masih berada di dalam period pertama Ramadhan iaitu, 10 hari pertama yang penuh kerahmatan Allah swt untuk hambaNya.
s
Umat Islam kini semakin banyak mengharungi cabaran samada sesama manusia sepertimana di Selatan Thailand mahupun dari Allah swt, sepertimana terbaru gempa bumi di Pakistan.
s
Setakat ini, akhbar-akhbar utama melaporkan, korban gempa bumi di Pakistan meningkat kepada 40,000 orang. Menurut jurucakap UNICEF, Julia Spry Leverton, kira-kira 50 peratus daripada penduduk di kawasan bencana di utara Pakistan dan Kashmir Pakistan terdiri dari kanak-kanak. Dengan majoriti melebihi 95% rakyat Pakistan adalah umat Islam, kita berharap agar semua umat Islam dapat berganding bahu membantu saudara kita di sana sepertimana yang pernah kita hulurkan kepada saudara kita di Acheh.
s
Sementara itu, konflik yang menimpa saudara-saudara kita di Selatan Thai masih lagi menemui jalan buntu. 131 pelarian yang berteduh di Kelantan mengharapkan agar kerajaan Malaysia tidak menghantar mereka pulang. Sehingga kenyataan ini ditulis, kerajaan Malaysia belum bercadang untuk berbuat demikian. Kita berharap agar mereka ini terus diberikan perlindungan untuk menetap di bumi bertuah Malaysia ini.
s
Hanya sekadar sempat menukilkan 2 peristiwa yang dikira hebat mencengkam umat Islam masa kini. Kita berharap agar Ramadhan kali ini boleh menjadi 'guru' agar kita sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah swt dan menginsafi akan keadaan umat Islam di luar sana serta sentiasa mendoakan agar mereka dapat melaluinya dengan penuh keteguhan ketaqwaan kepada Allah.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home