Laman Tarbiyah

Ramadhan Bulan Kemenangan

Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.
Dia telah mendedahkan di dalam al-Quran, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.,” 2:183.
s
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
s
Ramadhan adalah bulan yang suci di mana Allah SWT menguji hamba-Nya dan memberikan mereka peluang untuk mencapai rahmat-Nya. Salah satu ujian penting bagi Ramadhan yang mulia ini, ialah ia disambut pada masa yang sama di mana peperangan telah diisytiharkan ke atas Islam dan umat Islam oleh Amerika dan Britain dan bagaimana keimanan dan umat Islam menyesuaikan diri di medan pertempuran di bawah kepimpinan Islam yang ikhlas dan jujur.
s
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda RA telah melalui sembilan Ramadhan bersama selepas Hijrah. Mereka dipenuhi dengan berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan menjadikan contoh pengorbanan dan penyerahan kepada Allah SWT dalam usaha untuk meninggikan kalimah-Nya.
s
Peristiwa Masjid ad-Dhirar
Dalam tahun pertama selepas Hijrah, Rasulullah SAW telah menghantar bapa saudaranya Saidina Hamzah ibn Abdul Muttalib bersama tiga puluh sahabat yang lain ke Saif al-Bahr untuk menyiasat mengenai tiga ratus orang Quraisy yang telah berkemah di kawasan berkenaan. Umat Islam hampir menyerang golongan kafir tersebut, tetapi mereka telah dihalang oleh Majdy ibn Umar al-Juhany. Seorang munafiq dari Madinah, dengan harapan untuk memecahkan kesatuan umat Islam dan telah membina sebuah masjidnya sendiri yang dikenali sebagai Masjid ad-Dhirar. Rasulullah SAW telah mengarahkan para sahabat agar merobohkan masjid tersebut dalam bulan Ramadhan, selepas beliau kembali dari Ghazwah Tabuk.
s
Peperangan Badar
Pada tujuh belas haribulan Ramadhan, tahun kedua Hijrah, Allah SWT telah memisahkan di antara kebenaran dan kebathilan dalam peperangan Badar yang agong. Allah SWT yang Maha Berkuasa telah menganugerahkan kejayaan yang cemerlang pada hari tersebut dalam bulan Ramadhan kepada Islam yang tidak dapat dilupai.
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," 3:123 & 124
s
Peperangan Badar merupakan peperangan besar pertama bagi umat Islam. Rasulullah SAW telah meninggalkan Madinah bersama 313 sahabat, dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta menuju ke Badar. Pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah mereka berjaya mengalahkan tentera musryikin yang berjumlah 1,000 orang, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta yang datang dari Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal sendiri.
s
Dalam peperangan Badar, Allah SWT telah memberi inspirasi kepada Rasulullah SAW. "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut." 8:9
s
Rasulullah berehat seketika setelah penat, menerima wahyu dan kemudiannya baginda mengangkat kepalanya kegembiraan dan bersabda, "Wahai Abu Bakar, sampaikanlah berita gembira, sesungguhnya kemenangan dari Allah semakin hampir, Demi Allah! aku melihat malaikat Jibrail dan angkatannya datang seperti ribut pasir yang besar."
s
Bagi kita hari ini, terdapat banyak hadith yang menjelas kejayaan dan kemenangan yang serupa bukan sahaja terhadap orang-orang Yahudi tetapi juga mengenai dominasi Islam ke atas seluruh dunia. Kita mestilah berdoa untuk kejayaan tersebut tanpa henti. Sebagai umat Islam, kita juga hendaklah bertindak secara kolektif sebagai satu ummah, melalui penubuhan sebuah negara Islam yang sebenar.
s
Peperangan Badar telah menunjukkan kekuatan keimanan umat Islam dan merupakan kemenangan penentuan yang menghancurkan kekuatan tentera kufur dan terbentuknya sebuah negara baru di Madinah sebagai sebuah yang kuat dari segi soiritual, politik dan ketenteraan.
a
Peperangan Wadi al-Qura
Dalam tahun keenam Hijrah, Zaid bin Harithah telah dihantar ke Wadi al-Qura untuk menghadapi Fatimah bintu Rabiah, seorang permaisuri di kawasan tersebut. Fatimah sebelum ini telah menyerang sebuah kabilah yang diketuai oleh Zaid dan telah berjaya merampas barangan yang dibawa. Beliau dikenali sebagai seorang wanita yang paling dilindungi di Tanah Arab, kerana beliau telah menggantung sebanyak lima puluh pedang saudara terdekatnya di rumahnya. Beliau juga terkenal kerana penenangan secara terbuka terhadap Islam. Beliau telah terbunuh dalam pertempuran menentang Islam dalam bulan Ramadhan.
s
Pembukaan Kota Mekah dan pemusnahan patung berhala
Dalam bulan Ramadhan kelapan Hijrah, perjanjian Hudaibiyah telah dikhianati dan tentera Islam sedang bertempur dengan tentera Byzentin di Utara. Nabi Muhammad SAW merasakan perlu bagi umat Islam melakukan serangan besar-besaran ke atas golongan kufur di Semenanjung Tanah Arab dan menawan kota Mekah dalam bulan Ramadhan. Tarikh ini merupakan tarikh yang terpenting dalam sejarah umat Islam, kerana setelah peristiwa tersebut Islam telah berjaya disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Dalam bulan dan tahun yang sama, selepas menghancurkan semua berhala di Mekah, tentera Islam telah dihantar ke pusat kekufuran utama untuk menghancurkan berhala al-Lat, al-Mamat dan as-Suwa dan beberapa berhala besar dan dihancurkan.
s
Itulah beberapa peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan di zaman Rasulullah SAW. Bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan, menikmati kebaikan, mencegah yang mungkar dan berkorban diri dan harta bagi meninggikan kalimah Allah SWT dan menjadikan Islam sebagai ad-Deen yang dominan. Selepas wafatnya Rasulullah SAW, umat Islam meneruskan Sunnah dan Allah SWT telah memberi kemenangan kepada umat Islam. Ramadhan terus menjadi bulan di mana umat Islam terus diuji sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini di Asia Tengah dan Afghanistan.
s
Penaklukan Sepanyol
Sembilan puluh dua tahun selepas Hijrah dan dalam bulan Ramadhan, Musa ibn Nusair gabernor Khalifah Umaiyah di Afrika Utara dan Jeneral perangnya yang berani, Tariq ibn Ziyad telah berjaya membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian dari Peranchis, bermula dari al-Andalus di mana umat Islam telah memerintah selama 700 tahun.
a
Kejayaan menentang tentera Salibiyah
Dalam tahun 682 Hijrah, Salahuddin al-Ayyubi, selepas bertempur dengan tentera Salibiyah selama satu tahun, akhirnya berjaya menghalau mereka keluar dari Syria dan membebaskan keseluruhan tanah jajahan di bulan Ramadhan. Pada masa itu juga umat Islam telah menghadapi cabaran yang paling hebat.
s
Kejayaan ke atas tentera Mongol
Dalam abad ketujuh Hijrah, tentera Mongol telah menyapu bersih dan menghapuskan apa sahaja yang merintangi di hadapan mereka di seluruh Asia. Jenghis Khan menamakan dirisendiri sebagai "Cemeti Tuhan yang dikirimkan untuk menghukum mereka yang berdosa." Dalam tahun 617 Hijrah, Samarkand, Ray dan Hamdantelah menyaksikan seramai 700,000 manusia dibunuh atau ditawan. Dalam tahun 656 Hijrah, Hulagu Khan, cucu kepada Jenghis Khan meneruskan kezaliman tersebut. Sehinggakan Baghdad sendiri, bandaraya terunggul bagi negara Islam, telah diranapkan. Ada yang menganggarkan bahawa seramai 1,800,000 umat Islam telah dibunuh dalam kekejaman yang hebat itu. Penganut agama Kristian disuruh memakan babi dan meminum arak secara terbuka manakala umat Islam yang masih hidup dipaksa meminum arak. Arak-arak dicurahkan di dalam masjid dan seruan azan tidak dibenarkan.
s
Setelah bangkit dari malapertaka besar itu dan dengan tindakan yang sama telah ditimpakan ke atas seluruh umat Islam, Allah SWT telah membangkitkan dari ummah ini Saifuddin Qutz, yang telah menyatukan seluruh tentera Islam dan menghadapi tentera Mongol di Ain Jalut pada 26 Ramadhan 648 Hijrah. Walaupun mereka begitu tertekan, umat Islam dengan pertolongan daripada Allah SWT, umat Islam telah berjaya menghancurkan tentera Mongol dan menghancurkan mereka. Seluruh dunia menyaksikan dengan penuh takjud dan merasa lega di atas kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Islam yang Ikhlas kepada Allah SWT.
s
Inilah semangat Ramadhan yang memberi kejayaan kepada moyang kita dalam menghadapi segala jenis ujian.
s
Hari ini
Hari ini, umat Islam sedang berhadapan dengan penjajah imperialis, keganasan ketenteraan, penyelewengan yang merebak dan pemimpin yang menindas. Peperangan ke atas Islam dan umat Islam dilancarkan habis-habisan. Oleh itu, maka bangkitlah wahai umat Islam dan aturkanlah langkah kamu menurut langkah yang pernah ditunjukkan oleh Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW, atau contohilah para sahabah, Tariq ibn Ziyad, Qutuz, Salahuddin dan beberapa lagi wira Islam. Berusahalah untuk menjadi orang-orang yang benar-benar beriman, yang bersikap berbaik-baik dan menghormati orang-orang yang beriman; Umat Islam yang benar-benar berpuasa untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan bukannya mereka yang berpuasa hanya untuk mendapatkan lapar dan dahaga sahaja.
s
Semoga Allah SWT menjadikan kita satu generasi umat Islam yang mewujudkan kembali sistem Khilafah yang dijanjikan dan membawa Islam ke keempat-empat penjuru dunia ini. Semoga Allah SWT memberi kepada kita semua kekuatan dan kejayaan untuk membina asas yang baik bagi kerajaan Islam bagi generasi akan datang dan menjadikan kita orang yang akan melaksanakan keseluruhan arahan Islam dalam bulan Ramadhan ini dan selepasnya. Amin!
dipetik dari
http://www.ladang.net.my/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home