Laman Tarbiyah

Insafi Gempar Kashmir

HANYA Allah yang tahu hikmat gempa bumi di dataran tinggi Asia – Kashmir Pakistan-India dan Afhanistan – yang mengorbankan ribuan jiwa dan memusnahkan harta benda rakyat yang tidak sedikit nilainya. Kita sayugia menginsafi kehendak Allah itu dan takziah yang tidak terhingga kepada rakyat, keluarga dan negara-negara terlibat atas tragedi alam itu. Ia tidak boleh dilihat sebagai perkara biasa bagi wilayah yang berisiko tinggi dengan kejadian gempa bumi, tetapi hendaklah dilihat sebagai ingatan Allah kepada manusia seluruhnya dan kepada penduduk dan pemerintah wilayah yang terlibat.

Ia adalah azab yang Allah turunkan sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman, amaran dan balasan kepada golongan yang zalim yang lupa Allah, dan pernah mahu menginsafi bahawa alam dan nikmat yang diperolehi adalah dari Allah.
s
Apa yang menarik ialah kejadian itu berlaku pada awal Ramadhan, bulan umat Islam melakukan ibadat puasa wajib dan yang digalakkan umat beribadat. Di bulan penuh barakah ini, ganjaran ibadat seseorang adalah berganda. Yang ramai terkorban dalam tragedi itu ialah umat Islam.
s
Allah boleh menangguhkan azabnya di sesuatu wilayah apabila terdapat di dalamnya orang-orang soleh. Sejak dari peristiwa taufan-banjir di zaman Nuh, ribut pasir sejuk di zaman Hud, tempikan suara di zaman Nabi Soleh dan seterusnya, Allah turunkan bala demi memberi azab kepada kaum yang lupa daratan dan mendustakan Allah. Binasalah kaum-kaum yang durhaka itu tetapi terlebih dahulu orang-orang beriman diselamatkan dulu.
s
Bagaimanapun tidak arif untuk menyatakan sesuatu apabila yang ikut terkorban rata-rata adalah majoriti beragama Islam. Umat Islam itu sendiri adalah yang tinggi takwanya dan ada juga yang mengabaikan terus tugasnya sebagai seorang Islam. Apabila bala datang lazimnya tidak mengecualikan orang beriman, maka ia adalah ujian yang besar orang beriman itu.
s
Dalam keadaan sedemikian, ia menjadi ujian kepada yang tidak terkorban supaya menginsafi kejadian kehendak Allah itu supaya masing-masing dapat meningkatkan takwanya, bagi yang berdosa, inilah masa terbaik untuk bertaubat, menyerah diri kepada Allah dan tidak mengulangi lagi kelamahan yang dilalui.
s
Bagi yang terkorban, terimalah sebagai satu kehendak Allah atas kelemahannya, dan ia sebagai balasan, kadang-kadang bagi membersihkan dosa semasa hidupnya sepanjang kesalahan tadi tidak mensyirikkan Allah. Bagi yang soleh, korban natijah tragedi itu moga-moga memberikan ganjaran syahid dunia. Justeru itu keluarga masing-masing tidak wajar kecewa dan putus asa dengan kejadian itu, tetapi menerimanya penuh sabar, bahawa Allah itu Maha Adil dan Amat Mengetahui tentang apa yang ditakdirkanNya.
s
Penduduk di luar kawasan tragedi wajar menerimanya sebagai amaran, untuk bersyukur bahawa kita masing-masing tidak ditimpa bala itu, sayugia bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah, supaya masing-masaing Allah dapat terima sebagai orang bersyukur.
s
Lakukanlah apa saja sebagai tanda simpati kepada mangsa baik yang terkoban mahupun yang cedera dan menerima maklumat itu dengan penuh sabar dan meningkatkan kesabaran yang ada.
s
Rantau yang dilanda bencana itu adalah daerah yang bergolak sejak lebih 50 tahun lalu. Peperangan kadang-kadang tidak dapat menyelesaikan pertikaian terutama pertindakan itu tidak cuba diselesaikan dengan kaedah yng diperkenan Allah.
s
Bala kadang-kadang datang bagi menyelesaikan pertikaian. Aceh adalah daerah yang bergolak, peperangan payah menyelesaikannya. Datang tsunami mengorbankan puluhan ribu rakyat. Selepas itu terbuka peluang berunding dan pertikaian itu sudah boleh dikira selesai.
s
Terserah sekarang bagaimana perdamaian yang diwujudkan itu diisi dengan yang dimahu Allah.
s
Pakistan dan India sudah lebih separuh abad tidak dapat menyelesaikan pertikaian atas Kashmir. Mungkin Allah mahu mendorongkan pihak bersengketa bekerja bagi menyelesaikan sengketa.
s
Tetapi jangan lupa bahawa bencana itu berlaku di tengah-tengah musuh Islam mengira Islam ada pengganas dan umat Islam ramai yang terpedaya, menerima saranan Islam adalah mengganas. Jihad lazimnya mendapat sokongan tentera Allah yang ghaib. Mungkin bencana ini untuk membuka jalan kepada pusingan Islam datang berperanan.
s
Tetapi tiada sebarang perubahan kiranya, umat Islam tidak mengisi pemulihan kehidupan di tapat tregedi itu dengan pesanan yang dimahui Allah.
s
Subky Latif
SeTAPAK 10/10/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home