Bersyukur apabila mendapat nikmat
Sabar apabila mendapat kesulitan
Tawakal apabila mempunyai rancangan/impian
Ikhlas dalam segala amal perbuatan
Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
Jangan dengki dengan kekayaan orang lain.
Jangan Hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.
Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
Jangan tamak kepada harta
Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
Jangan hancur kerana kezaliman
Jangan goyah kerana fitnah
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
Jangan campuri harta dengan harta yang haram
Jangan sakiti ayah dan ibu.
Jangan usir orang yang meminta – minta
Jangan sakiti anak yatim
Jauhkan diri dari dosa-dosa besar
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
Banyak berkunjung ke rumah Allah (Masjid)
Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’
Lakukan solat fardhu diawal waktu, berjamaah di masjid
Biasakan diri bersolat malam
Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
Sayangi dan bersopan santun dengan fakir miskin
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
Jangan marah berlebih-lebihan
Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
Berlatihlah untuk konsentrasi fikiran
Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi.
Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis dan syaitan
Jangan percaya ramalan manusia.
Jangan terlampau takut miskin
Hormatilah setiap orang
Jangan terlampau takut kepada manusia.
Jangan sombong, takbur dan besar kepala
Berlakulah adil dalam segala urusan
Biasakan beristighfar dan taubat kepada Allah
Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
Perbanyakkan Silaturrahim
Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
Bicaralah secukupnya
Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
Sediakan waktu untuk santai bersama keluarga
Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidka berlebihan
Hormatilah kepada guru dan ulama
Selalulah berselawat keatas nabi
Cintai keluarga Nabi S.A.W
Jangan terlalu banyak hutang
Jangan terlampau mudah berjanji
Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan adalah kehidupan sementara.
Jauhkan diri dari perbuatan-prbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
Bergaullah dengan orang-orang soleh
Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
Jangan benci kepada orang yang membenci kita
Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan
Jangan melukai hati orang lain.
Jangan membiasakan diri berkata dusta.
Berlakulah adil walaupun kita sendiri mendapat kerugian.
Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
Jangan membuka aib orang lain
Lihatlah orang yang lebih miskin dari kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa, dan Negara.
Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
Hargai prestasi dan pemberian orang.
Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan itu tidak menyenangkan.
Sediakan waktu untuk berekreasi yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
Jangan cepat percaya kepada berita jelik yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.
Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
Jangan kecapi kejayaan di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang…..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home