Laman Tarbiyah

Menjelang Aidilfitri: Insafi Nasib Umat Islam Di Negara Lain

Dalam keghairahan menyambut musim perayaan ini, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingat rakyat tidak melupakan peristiwa yang berlaku di dunia ini.

Ketuanya, Riduan Mohd Noor berkata, sewajarnya nasib saudara Islam di Iraq, Afghanistan dan Palestin yang menderita akibat peperangan yang berpanjangan perlu diinsafi.
Malah ujarnya, gempa bumi yang dahsyat menimpa rakyat Pakistan, India, Kasymir dan Afganistan perlu menjadikan rakyat negara ini mengambil berat nasib yang menimpa umat Islam.

Semasa kemeriahan sambutan hari raya ini, beliau juga mengingat kepada umat Islam agar tidak melupakan nasib yang dideritai sebilangan kecil masyarakat kota dan desa.

“Rezeki yang lebih hulurkan kepada mereka bagi meringankan bebanan,” katanya.

Di samping itu katanya, nasib yang ditanggung keluarga mangsa ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) juga harus mendapat simpati semua pihak.

Katanya lagi, Aidilfitri yang disambut setiap tahun, tidak ramai yang mengambil pengajaran di atas apa yang diucapkan iaitu takbir dan tahmid.

“Membesarkan Allah bukan hanya dibibir sehingga mnegalir air mata namun ia lebih dari itu di mana dibuktikan dengan perbuatan di samping melaksana perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya,” katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Malaysia khususnya, mereka di ibu kota.

www.harakahdaily.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home