Laman Tarbiyah

Riwayat Salahuddin Al Ayubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satu pun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walaubagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya(Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk
menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.

Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan.

Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang
dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.

Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia menggeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang
itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St.Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul
Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramala pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Kematian Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara'
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.

Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajad lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramala pada hari Isnin pagi"

Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkannya untuk dituliskan oleh jurutulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangan terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketika Raja Inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan.

Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.

Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.

Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin
Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

Nota : Salahuddin adalah yang menghidupkan Mawlid Nabi Muhammad saw,hingga tentara islam terus berjaya.

Wa min Allah at Tawfiq

wassalam, arief hamdani
http://mevlanasufi.blogspot.com

Empat Isteriku

Oleh Ustaz Sufi

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

Persoalan Kehidupan

Diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim Ertinya sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulal kalbu (hati).

Dari keterangan hadis itu dapatlah kita faham bahawa perbicaraan kemuncak asal-usul manusia ialah hati (kalbu).Hati dalam diri manuia laksana raja pemerintah yang sangat ditaati oleh rakyat.Manakala anggota-anggota lahir:umpama kaki,tangan,mata,hidung,
telinga,perut,faraj dan zakar sebagainya laksana rakyat jelata yang sentisa patuh kepada perintah raja.Bila ia memerintah tangan supaya menampar nescaya menampar ia,bila ia memerintah kaki supaya menendang nescaya menedang ia,begitulah seterusnya.

Hati itu juga dipanggil,hakikat ke'aku'an ..aku itu ..aku ini,aku pergi kesana,aku datang kesini,rumah itu kepunyaan aku,aku pergi kesana,aku......aku aku. Aku itulah yang sebenarnya hakikat insan kerana ia gantinama bagi ruh atau kalbu dan dia laksana tuk
dalang wayang kulit sedangkan tubuh-badan atau anggota-anggota kasar yang lahir laksana belulang kering.Apabila ia bercerai dari tubuh-badan kasar nescaya jadi tubuh-tubuh itu sebatang karah umpama tunggul kayu yang menunggu hancur reput.

Dialah yang akan menerima hukum pembalasan sama ada baik atau jahat di negeri akhirat, dialah yang memerintah negara-negara besar didunia ini.Dialah yang menakluki makhluk-makhluk ini menjadi hamba-abdi kepadanya, dialah yang menundukkan benda-benda jamadat,nabatat dan hayawanat taat di bawah perintahnya, dialah juga punca hikmat dijadinya alam ini,kalau tidak kerananya sudah tentu segala makhluk alam dan syurga nuraka tidak dijadi.

Dia datangnya dari alam ghaib atau alam al amr,oleh itu dia akan kembali ke alam ghaib.Ia wujud sebelum alam kasar atau alam syahadah (kenyataan) ini wujud.Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat sementara ini kerana ada tujuaan untuk menerima ujian.Ia datang dari alam
kejadian Tuhan yang anih(ruhaniah) yang tidak menerima binasa dan fana selama-lamanya.

Dialah yang menanggung rasa bahagia atau celaka di akhirat,dialah yang akan menerima suka duka dunia-akhirat.Dialah yang sudah mengenali Tuhan di dalam aruah sebelum benda-benda atau apa-apa ini dijadikan. Dialah yang mengetahui segala hakikat dengan tanggapan ilmunya.Dialah yang sudah hidup,melihat,mendengar,bercakap dan seterusnya bersifat dengan
sifat-sifat ma`ani sebelum ia bercantum dengan tubuh-badan kasar.

Dialah yang digelar fitrah Allah* yang sudah mengenali dan mengetahui ugamaNya dengan tidak payah belajar atau mutalaah kitab di alam aruah yakni ia sudah mengenali segala-galanya sebelum ia dihantar atau dicantum dengan alam kasar(syahadah)ini.Malah ia
pernah mengakui dan menyaksi di alam aruah bahawa Tuhan yang esa itu ialah Allah bagaimana diceritakan dalam Quran dengan FirmaNya: Adakah aku ini Tuhan kamu? maka mereka menjawab ya Engkaulah Tuhan kami.

Dialah juga dijadikan sebab diutusnya rasul-rasul ke alam dunia untuk mengawasi dan mengingati kembali mengenai perkara-perkara ugama yang sudah manusia mengenali di alam aruah dahulu,mudah-mudahan supaya manusia tidak mengutur fitrahNya malah hendaknya
sentiasa bersih dari awal sampai akhir.Firman Allah:
Maksudnya dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia,tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah,itulah ugama allah yang betul.

Adapun orang-orang yang tiada menerima dan tiada mempercayai ugama Allah yang disampaikan oleh rasul-rasul didunia ini maka itulah tandanya mereka sudah mengutur Fitrah bersih mereka yang asli dan sudah terpisung dari kebersihanya dengan sebab itu mereka berhak mendapat gelaran kufur di sisi Allah dan sewajarnya mereka akan kekal didalam nuraka
Na`uzubillahimin zalik.

Dialah juga tidak dijadikan atau dihantarkan ke alam syahadah ini melainkan dengan ada hikmat Ubudiyyah iaitu beribadat dan berbakti kepada Allah,Firma Tuhan:
tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada Aku

Dari huraian-huraian tersebut itu dapatlah kita mengerti dan faham seksyen-seksyennya:

Siapakah kita?

Dari mana kita datang?

Dimana kita sekarang ?

Dan akan ke manakah kita?

wallahua'lam

petikan buku: Mengenal diri dan wali Allah
Rasuluallah S.W.T:

Tips Berdakwah

A Muslim scholar (sheikh) was on a visit to China to give a series of lectures to the local Muslim community. One day, he was scheduled to give a lecture at a local hall and was about to take a taxi along with his companions to that location.

They got into the taxi and the Sheikh asked about the length of time it would take to get to the lecture hall. The taxi driver, through the interpreter, answered "Two hours."

The Sheikh immediately turned to his companions and said: "well, we can't sit in this taxi with the driver for two hours and not tell him about our religion. If we did that then we would be no different than any other non-Muslim or kaffir who uses this taxi. We are the people that Allah (SWT) chose to carry His message and honoured us to be Muslims. It is our duty to tell this person about Islam."

However, the driver was a native Chinese and didn't have a common language with the Sheikh. They had to communicate through an interpreter.

Sheikh to interpreter: "Ask the man if he believes in any religion?"

Driver: "No, I don't believe in religion. I just get up in the morning, go to work and earn money. At the end of the day, I collect my money, go buy some food and drink for my family. What do I need religion for?"

Sheikh: "Ask this man if he has ever heard anything about Islam."

Driver: "Not much. I've seen a tape once and showed Muslims as violent people. I don't know much else."

Sheikh: "Ask him about computers. What does he think of computer?"

Driver: "I think the computer is an excellent invention. It is very useful and very sophisticated."

Sheikh: "Does he think that the computer could have invented itself or does he think that a human being invented it?"

Driver: "A human invented it, of course. It is not capable of inventing itself."

Sheikh: "Which one is more complicated the computer or the human being?"

Driver: "The human being is more complicated, of course."

Sheikh: "O.K., if the computer must have been invented by a human being, then it follows that a human being (which is more complicated) must also have a creator."

Driver: "O.K."

Sheikh: "In Islam, we believe that Allah is the creator of human beings and all other beings. Fine, now let's move on. Assume that you have never seen a computer before and never heard of it. If I brought a computer to you and gave it to you. Would you know what to do with it? Would you be able to use to its full potential?"

Driver: "No , I wouldn't."

Sheikh: "Now, if I gave you a catalogue for the computer, then you will be able to better use it? Correct?"

Driver: "Correct!"

Sheikh: "In Islam, we view Quran as the catalogue used by human beings to manage their lives. Without this catalogue, they will ruin themselves! Now, if this inventor of the computer assembled the machine and printed the catalogue, what would be the next step? He would need to train some engineers and others on how to spread the message about this machine. These people would, in turn, train others and others until everyone knows about the machine. In the example of Allah and Quran, the prophets of Allah play the role of the engineers. They learn the message and teach it to others so that the message will spread. Prophet Muhammad (saw) is the final messanger of Allah and he was ordered to take the message to all human beings."

By this time, the trip was coming to an end and they almost reached the lecture hal l. But the Sheikh can see that there were tears coming out of the driver's eyes. The words of the Sheikh was having a significant effect on this driver.

Driver: "These ideas are very interesting to me. Do you mind spending 15 more minutes with me to tell me about this religion?"

The Sheikh agreed to spend those few minutes with this person and did. The man asked many questions and seemed genuine in his desire to learn more about this religion. At the end of these few minutes, the driver said: "I want to join this religion of yours. How do I do that?"

He was told that all he needs to do is say: "I bear witness that there is no God but Allah and I bear witness that Muhammad (saw) is his servant and messenger."

The above story was posted by Khalid Bin Umar in myislam@yahoogroups.com

The Amazing Facts of Quran

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an:

  • Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115
  • Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88
  • Life 145 .... Death 145
  • Benefit 50 . Corrupt 50
  • People 50 .. Messengers 50
  • Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
  • Museebah (calamity) 75 . Thanks 75
  • Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73
  • People who are mislead 17 . Dead people 17
  • Muslimeen 41 . Jihad 41
  • Gold 8 . Easy life 8
  • Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60
  • Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
  • Mind 49 . Noor 49
  • Tongue 25 . Sermon 25
  • Desite 8 . Fear 8
  • Speaking publicly 18 . Publicising 18
  • Hardship 114 .... Patience 114
  • Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4
  • Man 24. Woman 24

    And amazingly enough have a look how many times the following words appear:
  • Salah 5
  • Month 12
  • Day 365
  • Sea 32
  • Land 13
  • Sea + land = 32+13= 45
  • Sea = 32/45*100=71.11111111%
  • Land = 13/45*100 = 28.88888889%
  • Sea + land =100.00%

Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.

Is this a coincidence?

Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?

Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this.

99 Nilai-nilai Murni Kehidupan Muslim

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rancangan/impian
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • Jangan dengki dengan kekayaan orang lain.
  • Jangan Hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.
  • Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
  • Jangan hancur kerana kezaliman
  • Jangan goyah kerana fitnah
  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu.
  • Jangan usir orang yang meminta – minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa besar
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (Masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’
  • Lakukan solat fardhu diawal waktu, berjamaah di masjid
  • Biasakan diri bersolat malam
  • Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
  • Sayangi dan bersopan santun dengan fakir miskin
  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
  • Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
  • Berlatihlah untuk konsentrasi fikiran
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi.
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis dan syaitan
  • Jangan percaya ramalan manusia.
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Hormatilah setiap orang
  • Jangan terlampau takut kepada manusia.
  • Jangan sombong, takbur dan besar kepala
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan beristighfar dan taubat kepada Allah
  • Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  • Perbanyakkan Silaturrahim
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  • Bicaralah secukupnya
  • Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  • Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  • Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
  • Sediakan waktu untuk santai bersama keluarga
  • Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidka berlebihan
  • Hormatilah kepada guru dan ulama
  • Selalulah berselawat keatas nabi
  • Cintai keluarga Nabi S.A.W
  • Jangan terlalu banyak hutang
  • Jangan terlampau mudah berjanji
  • Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan adalah kehidupan sementara.
  • Jauhkan diri dari perbuatan-prbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
  • Bergaullah dengan orang-orang soleh
  • Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
  • Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
  • Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
  • Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
  • Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
  • Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  • Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  • Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan
  • Jangan melukai hati orang lain.
  • Jangan membiasakan diri berkata dusta.
  • Berlakulah adil walaupun kita sendiri mendapat kerugian.
  • Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
  • Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
  • Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
  • Jangan membuka aib orang lain
  • Lihatlah orang yang lebih miskin dari kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
  • Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  • Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
  • Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
  • Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa, dan Negara.
  • Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
  • Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
  • Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
  • Hargai prestasi dan pemberian orang.
  • Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
  • Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan itu tidak menyenangkan.
  • Sediakan waktu untuk berekreasi yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita.
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
  • Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
  • Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
  • Jangan cepat percaya kepada berita jelik yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
  • Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
  • Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
  • Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
  • Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.
  • Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
  • Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
  • Jangan kecapi kejayaan di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang…..

Wasiat Imam As Syafi'e

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata

2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )

13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas

Tanda-tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Dunia Tiak Akan Aman Selagi Manusia Bertuhan Nafsu

KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) - Dunia tetap tidak akan aman selagi manusia masih bertuhan kepada hawa nafsu dan hanya takut kepada sesama manusia, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Azis Nik Mat.

Beliau berkata, pemikiran yang menjurus kepada tuntutan kebendaan itu adalah kesinambungan kepada perjuangan kaum Yahudi dan orientalis bagi melumpuhkan kekuatan Islam.
“Pengasingan di antara agama dan politik dalam kerajaan Islam secara jelas bermula di Turki semasa di bawah pemerintahan Kamal Atartuk. Era itu merupakan kemuncak kepada kemasukan elemen-elemen sekular,” katanya pada majlis Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) bersama media di sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kias, Dr Johari Mat, wakil-wakil rakyat dan pensyarah-pensyarah kolej berkenaan.

Menteri Besar berkata, hasil penularan fahaman sekular itu menyebabkan lahir generasi baru yang hanya takut sesama manusia, memuja nafsu, hanya mahu mengaut keuntungan, mengejar pangkat dan kebesaran.

Oleh itu beliau berkata, Islam didatangkan bagi memperbetulkan semula sistem kehidupan manusia yang sudah banyak diresapi pengaruh sekular.

“Namun usaha untuk mengembangkan syiar Islam berdepan dengan pelbagai cabaran. Di mana musuh datang dari segenap penjuru. Mereka sengaja memperlagakan golongan agama dan akademik bagi mengelakkan Islam bersatu,” ujarnya.

Pada majlis yang sama beliau menyifatkan golongan wartawan mampu memainkan peranan bagi menyebarkan ilmu dan maklumat, di samping menjana pemikiran masyarakat.

“Wartawan sama dengan tok guru, mereka mampu menyebarkan ilmu untuk menjadi hamba kepada Allah SWT dan tidak menjadi hamba kepada nafsu. Diharap wartawan mengambil peluang keemasan dengan melaksanakan usaha yang mulia,” katanya.

Mengenai peranan dimainkan Kias beliau berkata, kolej tersebut berusaha mencantumkan ilmu Islam dengan ilmu-ilmu lain supaya manusia tidak ‘jauh’ daripada ajaran Nabi Muhammad SAW. – MYA/mj

Wasiat 4 Khalifah

Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar ra. berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
1.Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2.Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3.Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4.Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "

Sekian buat renungan bersama. Wallahua'lam.

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

Perjuangan Dalam Jemaah PAS

Oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Latar Belakang
Kemunculan Gerakan Islam (harakah Islamiyyah) di seluruh dunia amat diperlukan sebagai suatu force yang akan memastikan hukum Allah SWT terlaksana di atas muka bumi setelah jatuhnya Khilafah Islamiyyah. Dari segi syara’ ia adalah suatu kewajiban umat Islam berdasarkan nas al-Qur’an dan juga hadith Rasulullah SAW.

Setiap gerakan Islam di dalam sesebuah negara mempunyai peranan pentingnya. Dari segi teori, sebaik-baiknya ada SATU gerakan di dalam sesebuah negara demi perpaduan, menjimatkan tenaga, masa dan wang.

Namun realiti yang berlaku hari ini menunjukkan kemunculan banyak kumpulan Islam yang masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, termasuklah di negara kita.

Dalam konteks Malaysia, PAS adalah satu satunya pilihan sebuah jemaah Islam yang perlu didokongi untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab seperti yang telah disebutkan diatas.

Setiap ahli PAS hendaklah memahami hakikat bahawa dia adalah merupakan anggota kepada sebuah jemaah Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah untuk sampai kepada satu matlamat yang besar.

Setiap ahli PAS adalah anggota kepada sebuah jamaah Islamiyah global yang berperanan ditapak tempat dia berdiri.

Kita lihat AS dan UK sering berkempen di pentas dunia betapa bahayanya Iraq kepada dunia. Mereka merantau ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam di Asia Barat meyakinkan pimpinan negara-negara Islam bahawa perang yang akan mereka lancarkan “bukan perang terhadap Islam tetapi pengganas Islam.”

Oleh itu, kita lihat mereka lebih bersikap global apabila menyerang Islam. Tetapi masih ramai umat Islam masih tidak menyedari hakikat ini malah mereka sering bercakaran di antara satu sama lain dan mengambil pula takrif Islam dari sumber yang tidak ada asal usulnya dalam Syariah Islam dalam menangani isu dan maalah mereka sendiri. Akibatnya umat Islam ibarat menumpang dinegara sendiri.

Oleh sebab kuasa-kuasa kuffar bergabung secara global, maka umat Islam dunia juga mesti merencana strategi secara global untuk menangkis serangan pihak kuffar. Di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh Gerakan Islam.

Allah SWT telah mengizinkan beberapa Gerakan Islam di dunia menang bertanding dalam pilihanraya di negara masing-masing – di Turki, Lebanon, Mesir dan banyak lagi termasuk kita di Malaysia.

Pentas demokrasi yang diizinkan perlu diambil kesempatan oleh semua Gerakan Islam dunia supaya suara Islam dibenarkan berkumandang di dewan parlimen masing-masing.

Ini suatu kewajiban yang diizinkan oleh syara’ malah dituntut oleh syara’ dalam konteks dan ruanglingkup dakwah. Inilah pentas politik yang dapat digunakan untuk berdakwah.

Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam
Umat Islam kini berada di ambang tekanan yang amat hebat oleh negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam sendiri termasuklah Malaysia. Dengan itu, Gerakan Islam berhadapan dengan dua musuh:

(i) kuasa kuffar dan

(ii)pemerintah Islam sendiri.

Di dalam negara, pemimpin negara sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam yang amat mengelirukan ummah, menguatkuasakan pelbagai undang-undang, mengawal masjid-masjid, memporak-porandakan sistem pendidikan Islam dan mengubahkannya supaya menjadi sistem pendidikan formal biasa dan berbagai-bagai lagi.

Di luar negara imej Islam dilabel sebagai pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, ajaran sesat, songsang, fundamentalist dan sebagainya.

Dalam suasana ini intima’ dan iltizam kita kepada jemaah menjadi berlipatkali ganda. Kekentalan jatidiri sebagai anggota sebuah jemaah Islam mestilah dijadikan perisai setiap ketika untuk menangkis cubaan yang merupakan saringan terhadap keikhlasan kita memperjuangkan Islam ini.

Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah menjadi agenda utama setiap ahli.

Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia.

Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya.

Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana bersama dengan kita.

‘Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam.

PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.

Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah.

Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian.

Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri.

Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli PAS secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS.

Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS dapat dihapuskan.

Mereka yang berpandangan positif terhadap perjuangan PAS layak untuk bersama PAS, dan pintu PAS sentiasa terbuka kepada mereka.

Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam didaulatkan, serta insaf akan masalah dan himpitan yang dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan PAS dan perjuangan ke arah tadi.

Ketika PAS muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman.

Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar PAS sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam.

Malah kini ada yang sudah pandai menyebut siasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi.

Konsep siasah dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang”.

Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam.

Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana.

Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar.

Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum).

Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja.

Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji” - (al-Buruuj: 8).

Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah.

Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari.

Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat.

Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.

Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap” - (al-lsra’: 81).

Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang.

Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.

Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya. Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya” - (at-Taubah: 32).

Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW.

Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad.

Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka.

Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka.

Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.

Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya.

Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.

Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka.

Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” - (al-An’am: 123).

Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.

“Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang” - (lbrahim: 46).

Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini.

Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.

Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka.

Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka”.

Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu.

Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli.

Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka.

PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.

PAS bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, PAS telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

PAS bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan PAS. Sebaliknya PAS tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar PAS.

Sementara diperingkat antarabangsa pula, PAS mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa gerakan lslam, dan hubungan ini begitu rapat sekali. PAS bersama gerakan tersebut (lslam) adalah kerana mereka memiliki dasar dan aspirasi matlamat yang sama dengan perjuangan PAS.

PAS juga sentiasa bersama-sama dengan umat lslam di mana-mana sahaja, terutamanya mereka yang ditindas, didera dan dizalimi.

PAS pernah menyokong umat lslam di lran kerana PAS yakin mereka dizalimi. PAS juga bersama umat lslam di lraq dalam menghadapi pakatan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya dahulu.

Komitmen PAS terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat.

Apa yang PAS lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri”.

Apabila PAS menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti PAS telah diperalatkan oleh mereka.

Sekali lagi dinyatakan bahawa PAS mempunyai visionnya yang tersendiri. PAS juga mempunyai dasar dan sikapnya sendiri. PAS tidak bersedia untuk diperalatkan oleh mana-mana pihak dan PAS tidak mungkin menerima sebarang arahan dari mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.

Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang.

PAS bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya.

PAS juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka’.

Strategi BA yang menggabungkan PAS-Keadilan-DAP-PRM pada peringkat permulaan ditubuhkan dikira amat bertepatan dengan realiti politik semasa Malaysia dalam konteks menentang BN dan jika ditakdirkan Allah, akan menumbangkan BN dan BA akan memerintah pula.

Sebelumnya, semua parti pembangkang berdiri sendiri dan menentang BN yang menggabungkan banyak parti.

Namun pada Pilihanraya November 1999, strategi BA telah menampakkan hasil dan PAS mengekalkan Kelantan, berjaya menakluk Terengganu dan hampir menakluki Kedah.

Kedudukan PAS dalam BA telah diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’. Ia juga mengambil kaedah at-Tahalluf as-Siyasi yang dibenarkan.

Selain kebolehan dari segi syara’, BA mempunyai beberapa kebaikan kepada PAS, di antaranya:

(a) Kekuatan pembangkang akan disatukan dari segi politik. Ini ternyata amat membimbangkan BN.

(b) PAS dapat mengeksport idea Islamnya kepada parti-parti lain yang bergabung dengannya di bawah BA terutama kepada kaum bukan Islam. Ini sangat penting dari segi politik jangka panjang. Dengan kata lain, melalui BA pun, PAS sedang berdakwah.

(c) Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. BA adalah latihan awal bagi PAS untuk memahami kepelbagaian kaum di bawah satu entiti politik. Dulu kita pernah ada CCC, namun ia cuma sebuah unit kecil di dalam PAS. Namun dengan adanya BA, runglingkup politiknya lebih luas dan lebih mencabar.

PAS berpandangan kesepakatan poltik BA perlu diteruskan. BA yang mendapat sokongan kuat almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor akan diteruskan sehinggalah diputuskan sebaliknya oleh Majlis Syura dan Dewan ‘Ulama’ PAS sama ada PAS akan kekal dalam BA atau keluar daripadanya.

Prospek entiti politik BA amat cerah jika perpaduan pelbagai parti dalam BA dapat dikawal dan persefahaman yang baik dapat dijaga. Jika BN kekal sehingga kini, maka BA pun boleh malah lebih baik daripada BN, insya’ Allah.

Satu aspek penting yang tidak boleh kita lupai ialah hakikat bahawa PAS mesti mengambilkira suara bukan Islam/Melayu dalam konteks Malaysia.

Suara Islam PAS mesti benar-benar difahami oleh rakyat bukan Islam/Melayu. Kita berpendapat bahawa, disebabkan fahaman Islam sebenar telah berjaya dimainkan oleh media antarabangsa dicampur dengan tafsiran sekular yang dibawa oleh UMNO telah mencemarkan Islam yang suci.

Inilah tugas berat yang telah, sedang dan akan terus dipikul oleh PAS di Malaysia.

Setiap petugas PAS mesti memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap perjuangan PAS dalam rangka menegakkan kalimah Allah di Malaysia. Penglibatan PAS dalam politik kepartaian adalah salah suatu wasilah perjuangannya mengambilkira sistem demokrasi yang membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun.

Kewajiban kita bertambah apabila kita diberi mandat oleh dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu untuk diperintah oleh PAS. Maka inilah ujian yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam bentuk “kemenangan sementara”.

Jika kita berjaya lalui ujian ini, maka diuji lagi iaitu memerintah sebuah negara bernama Malaysia!

Melihatkan scenario ini, maka adalah menjadi kewajiban setiap petugas memahami perjuangan PAS sepenuhnya.

Rakyat sudah muak dengan sepak terajang politik murahan UMNO serta sekutunya dalam BN.

UMNO sanggup menggadai maruah Islam dan Melayu dalam memastikan “the end justifies the means”. “Inilah UMNO yang kita kenal dari dulu, sekejap menjadi kawan, tetapi lebih lama jadi lawan” mengungkap kembali kata-kata almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, pimpinan yang meletakkan asas BA.

Penutup
Apapun dan bagaimana jauhnya langkah kita dalam pentas dakwah, pentas politik dan BA, namun Islam yang menjadi dasar pegangan kita dalam parti PAS tidak boleh dicemari.

Jika berlaku percanggahan di antara prinsip-prinsip Islam dengan strategi, maka yang perlu dipinda ialah strategi dan uslub dan bukannya dasar Islam kita.

Inilah adalah asas kita dan kita tidak boleh menggadaikan asas Islam kita walaupun atas dasar strategi politik semasa untuk meraih undi!

Ingat bahawa PAS masih sebuah Gerakan Islam dan bukan hanya semata-mata sebuah parti politik yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan.